Wednesday, October 19, 2011

Real Steel adakah Keluli Sebenar @ Keluli Campuran

HOT kat wayang sekarang cerita REAL Steel dibintangi Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton, bekas peninju yang dilupakan dan pernah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan tinju apabila robot mula menguasai gelanggang sukan berkenaan
Kini, Charlie Kenton hanyalah seorang penganjur pertandingan tinju kecil-kecilan.
Dengan bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang bawah tanah menggunakan robot yang dicantum daripada besi-besi terbuang, Charlie mampu mengumpul sedikit wang.
Namun, apabila dia pokai sepenuhnya, dia dengan berat hati bergabung dengan anaknya Max (yang sudah ditinggalkan sebelum itu) untuk membina dan melatih satu robot yang mampu menjadi juara.
Bila bermulanya aksi yang seolah-olah tiada penghalang langsung, kedua-dua Charlie dan Max menongkah segala bentuk arus bagi memastikan satu peluang terakhir untuk naik kembali dan muncul juara tidak terlepas begitu sahaja.
Menurut pengkritik, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya.
Ada pihak mengatakan ini adalah filem yang terbaik setakat ini untuk tahun 2011.


P/s : Mcm mna keluli jadi peninju sedangkan sekarang harga keluli naik … ini membazir keluli kalau buat building dah bolah jual dah …hehehe .. Tapi bla anak malaysia mampu buat filem2 gini .. 

1 comment: