Friday, October 30, 2009

MY IDOLA


TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

MELAYU TERBILANG



"Money is not everything, but everything need money"




Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan jutawan Melayu paling kaya, menduduki tempat kelapan dengan mempunyai nilai bersih asetnya sebanyak AS$1.8 bilion (RM 6.84 billion) sumber: Forbes Asia 2009

keperibadian Unggul Pencetusan Kejaya


Tokoh perniagaan dan jutawan yang banyak menyumbang kepada amal jariah melalui Yayasan Al Bukhary, berjaya membangunkan masjid, surau, madrasah, rumah anak anak yatim, rumah orang orang tua dan menyumbang pelbagai bentuk kepada pembangunan dan pengekalan seni dan warisan Islam serta amal amal jariah berbentuk sumbangan pelajaran, pembiayaan rawatan dan penjagaan mereka yang kurang bernasib baik.


Tan Sri Syed Mokhtar memulakan berniaga sebagai pemborong beras dan gula, kini memiliki asset bernilai melebihi USD 2 billion kerana ‘penguasaan’ empayar perniagaanya yang merangkumi Industri Pertanian (Bernas), Pembinaan (IJM), Logistik (PTP dan Senai Airport), Pembuatan Dan Pertahanan (MMC), Perbankan (Bank Muamalat), Perniagaan Runcit (MPH), Perniagaan Kommoditi (MARDEC) dan sebagainya. Namun begitu, beliau sebenarnya tidak memegang satu saham atau menjadi pengarah pun dalam mana mana diantara syarikat syarikat ini.


Cara dan pendekatan Syed Mokhtar dalam urusan perniagaan memang cenderung kepada menunaikan tanggung jawab sebagai usahawan Muslim dan juga menunaikan kepertanggung jawaban korporat kepada Islam dan masyarakat Muslim setempat. Zakat dikeluarkan dengan taat terhadap semua keuntungan dan simpanan syarikat syarikat dibawah naungan beliau. Disamping itu, seluruh syarikat dan perniagaan dibawah ‘empayar perniagaan’ Yayasan Al Bukhary akan sepenuhnya mengunakan perbankan, instrumen dan sistem kewangan dan insurans Islam dalam segala urusan, berbanding sistem konvesyenal menjelang 2010.


Majalah mingguan terkemuka global Time Magazine pernah menyifatkan anak kelahiran Kedah ini sebagai ‘Yang terpilih’ (The chosen one). Beliau setakat ini tidak pernah mengecewakan amanah dan penghormatan yang diberikan untuk membangunkan perniagaan yang beliau ‘beli’ atau ambil alih. Ini termasuk konglomerat Kumpulan DRB-Hicom, yang sekaligus melihatkan beliau menguasai bank kedua, iaitu EON Bank. Kini beliau diberitakan meluaskan jajaran perniagaan ke persada antarabangsa seperti di Iran dan Saudi Arabia, sebagai pemain utama bertaraf global dan disegani.