Thursday, February 12, 2009

melayu glokal

Perkataan “Melayu Glokal” telah menarik perhatiaan masyarakat Malaysia. Istilah ‘glokal’ sebagai gabungan antara global dan lokal. Melayu Glokal yang diimpi dan dihasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional.
Terdapat lima tindakan melayu glokal iaitu Menjana Melayu Glokal melalui ilmu dan pendidikan, menjana ekonomi untuk pembangunan Melayu Glokal, Melayu Glokal berpaksikan penghayatan agama, Memperkuatkan jati diri Melayu Glokal melalui transformasi budaya dan Memperkasakan politik Melayu Gokal berteraskan idealisme perjuangan.
Ini kerana lautan globalisasi sukar dibaca dan kita memerlukan orang Melayu yang mempunyai daya ketahanan unggul untuk merentasi cabaran globalisasi. Wawasan 2020 hanya tinggal 11 tahun lagi dan kita berharap agar bangsa Melayu tidak tercicir tahun tersebut.
Kita ingin lihat tahun 2020 ramai orang Melayu yang pintar dapat dilahirkan dalam bidang perniagaan , ekonomi , politik , ketahanan jati diri dan dihormati di peringkat antarabangsa.
Orang Melayu perlu hidup dalam satu pasukan untuk maju dan mara bukanya mengaut keuntungan berseorangan sehingga menjadi seorang bangsa yang lupa diri dan tidak membantu orang Melayu yang lain.
Di dalam pasukan bolasepak sama ada penjaga gol, barisan pertahanan, barisan tengah mahupun menyerang tetap berfungsi ‘bagaikan seikat penyapu lidi’. Kalau penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi, barisan pertahanan sentiasa memintas untuk mematahkan serangan lawan.
Kemudiaan barisan tengah pula mengumpan bola ke hadapan bagi memudahkan striker mara ke petak gol untuk membuat jaringan. Kesepakatan akan membawa kemenangan dan kejayaan.
Orang Melayu perlu berpegang kepada Slogan Unggul untuk menjadi bangsa disegani dan tidak dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Orang Melayu perlu menjadi unggul di serata dunia agar bangsa Melayu ini dianggap hebat dan unggul.
Kelemahan orang Melayu kerana kita mempunyai sikap yang lesu dan malas berusaha bersunguh-sungguh.
Istilah Ali-Baba memang telah menjadi satu sindiran kepada orang Melayu sejak sekian lama kerana orang Melayu suka ingin kaya cepat dan malas menghadapi risiko. Sampai bila orang Melayu hendak dilabelkan dengan pelbagai istilah yang negatif kerana sikap orang Melayu kita ini.
Orang Melayu jangan asyik ingin berangan diletakkan dengan permaidani yang indah kerana perjalanan mereka perlu dirintis dengan perjalanan yang berliku. Dimensi dunia globalisasi ini menuntut orang Melayu memperkukuh daya saing untuk berlumba menjadi yang terbaik.
Ungkapan ‘Tak Kan Melayu Hilang di dunia’ perlu disambut dengan keinsafan untuk mengorak langkah.
Melayu memang tidak boleh hilang di dunia tetapi Melayu boleh hilang kerana tidak memiliki simbol kekuatan, kuasa, kekayaan, kehebatan, hilang maruah dan lemah daya juang.
Orang Melayu perlu menerima hakikat bahawa kekuatan Melayu belum mencukupi untuk mengambarkan kedaulatan orang Melayu.
Bangsa Melayu perlu memiliki segala aspek personaliti yang positif dalam dunia yang moden ini. Melayu perlu bertindak seperti sebuah pesawat pejuang yang mampu bertindak cepat , pengempur dan memintas musuh dengan cepat.
Ucapan Datuk Seri Najib perlu disambut dengan penghayatan mendalam kepada ahli-ahli UMNO dan orang Melayu khususnya. Negara Malaysia kini telah terbilang dan tersohor di merata dunia.
diumpamakan arkitek bangsa Melayu untuk membina bangsa Melayu pada masa depan. Bangsa Melayu perlu memasuki kelompok elit yang setanding dengan bangsa Eropah dan Cina dan Jepun.
Bangsa Melayu Glokal perlu menguasai dunia pada suatu hari nanti untuk melambangkan Melayu Glokal.